SHANXI - Seorang wanita dari Changzhi bahagian utara provinsi Shanxi, China, selama 16 tahun hidup di dalam sebuah keranjang.
Mo Hongping tinggal di sebuah keranjang berukuran panjang 1,2 meter dan lebar 0,5 meter sejak usianya 11 tahun.
Menurut ibunya Wang Xiuhua, ketika Mo berusia 20 hari dia mengalami demam yang sangat parah.
Namun, mereka tidak boleh pergi ke hospital, kerana saat itu sedang musim dingin dan jalan di daerahnya tertutup salji. Ketika mereka akhirnya boleh ke hospital Mo didiagnosa mengalami meningitis.
Meski Mo akhirnya selamat, sejak saat itu dia selalu mengalami kejang-kejang dan mengalami masalah pertumbuhan tubuh.
Seperti dilansir Orange, Rabu (21/9/2011), pada saat musim panas tiba, Wang meletakkan Mo ke dalam sebuah keranjang dan dia sangat terkejut ketika melihat puterinya nampak bahagia.
"Sejak saat itu kami mengetahui bahawa keranjang tersebut dapat membantunya mengurangi rasa sakit di tubuhnya. Hingga akhirnya dia kini tinggal di dalam keranjang tersebut yang kini sudah dilengkapi dengan roda," jelas Wang.
0 Comment:
Post a Comment